Thursday 3 November 2011

Pengalaman Hari Raya


Pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa Hari Raya

Hari Raya banyak meninggalkan kenangan yang indah. Begitu juga dengan diri aku.Pada hari raya tahun lalu, aku dan sepupu(yanti) aku telah membuat rancangan untuk mengenakan abang aku kerana hari tersebut merupakan hari ulangtahun kelahirannya. Selepas berbuka puasa, aku dan yanti memulakan rancangan kami. Aku mengambil kunci kereta dan dompet abang aku. Aku sembunyikan dompet dan kunci tersebut di dalam almari aku. Aku dan Yanti keluar berjalan-jalan dengan menaiki motor.
            Selepas 30 minit kemudian, abang aku menelefon aku dan menyuruh aku pulang. Aku dan sepupu aku ketawa kerana abang aku sudah panik dan kami terbayang-bayang mukanya sewaktu dia mengetahui dompet dan kunci keretanya hilang. Kami pun pulang ke rumah. Sejurus masuk ke halaman rumah, bapa aku memberitahu bahawa kunci kereta dan dompetnya hilang. Aku dan Yanti terkejut dan berasa pelik kerana kami mengambil kunci kereta dan domper abang aku. Banyak persoalan yang timbul dalam pemikiran kami. Kemudian, aku pun memeriksa dompet tersebut dan melihat kad pengenalan bapa aku di dalam dompet tersebut. Akhirnya, aku berterus-terang dengan bapa dan abang aku. Abang aku ketawakan aku.Itu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan semasa Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment